Friday, February 13, 2009

Kehidupan

Langit merendah. Bumi basah. Pohon-pohon ditimpa hujan. Aku tidak tahan berhadapan wajah malam yang legam ini. Aku segera memaut daun jendela. Jari-jari angin tidak lagi menjamah wajahku. Hanya sebahagian rambutku terurai melekat dipipi yang lemap dan gebu. Aku merebahkan badan di atas katil yang empuk berwarna kuning keemasan dan dihias dengan kaitan ros bersambungan cantik menyerikan lagi kecantikannya sambil pepohon di luar tetap berdiri tegak dalam kegelapan…

Abah meninggal dunia dua mingu yang lalu. Umurnya sudah pun mencapai sembilan puluh tiga tahun. Sayangnya, ketika abah meninggalkan dunia, tiada sesiapapun yang berada disisinya walaupun abah mempunyai dua orang anak.

Ibu, anak yang memberi teduh untuk kedua ibubapanya pada saat-saat terakhir abah dirumahnya, tidak menyangka sedikit pun abah telah menghebuskan nafas terakhirnya dalam keadaan begitu, walaupun sudah berbulan-bulan merawatnya.

Omah, lebih menyedihkan lagi, baru sahaja mandikan dan memberikan abah sarapan sebelum beliau pergi untuk selamanya. Dia lebih terharu dengan pemergian abah tanpa mengatakan kata-kata terakhir…

Pak busu Rezal, anak bungsunya, tinggal agak jauh dari kami, juga tidak ada ketika abah meninggal. Ketika itu, semua orang tiada dirumah ketika abah meninggal… ibu, ayah, pak busu dan isterinya , semuanya sudah keluar ke pejabat masing-masing….

Cucu- cucunya, termasuk aku semuanya berada di sekolah. Abang Yazid, ketika ibu masih menuntut di Universiti National Singapura dan kakak Syikin pulah di Institusi Teknikal Singapura. Abang Yazid pada masa itu sedang mengambil jurusan Sains dan kakak Syikin pula jurusan kerani.

Aku, aku terdampar jauh dari semuanya. Aku menuntut di Universiti New Brunswick kejurusan perguaman. Dan paling aku menyesal lagi adalah, aku hanya diberitahu sehari selepas abah telah dikebumikan. Kerana hari abah dikebumikan adalah hari aku mengambil kertas terakhirku untuk semester aku yang ke empat di sana dan aku tidak punya telefon bimbit untuk mereka hubungi. Hanya dengan memberitahu Umi, ibu angkatku di Brunswick, sahaja mereka dapat menyampaikan berita itu. Kerana di rumah Umi lah aku selalu berkunjung selepas setiap kali aku habis menghadapi peperiksaan.

Petang itu jugalah aku terus ke airport untuk membeli tiket pernerbangan untuk pulang ke Singapura. Pernerbangan dua puluh tiga jam itu bagaikan setahun rasanya. Dan tiada sesiapapun yang menyambut aku di airport Changi. Terpaksalah aku mengambil bas dari airport ke Yishun. Bila aku tiba dirumah, semua orang kampung dan sanak saudara sudah tiada lagi. Ibu katakan mereka baru sahaja menolak pulang ke kampung dengah kereta api pagi itu.

Omah sedang lagi mengerjakan sholat mahgrib dan ayah tiada di rumah. Mungkin dalam perjalanan pulang. Abang, kakak dan adik-adikku semuanya berada di bilik masing-masing. Aku mendekati kamar yang digunakan oleh abah semasa beliau dirawat dirumahku ini. Katil yang digunakan tersusun rapi. Sebuah al-Quran yang tertutup diatas rehal dan dupa yang masih berasap.

Aku terus lalu dan pergi ke bilikku sendiri. Aku menangis tersedu-sedu mengenangkan muka abah yang tenang. Mungkin, setelah abah menghebuskan nafasnya, matanya tentu tertutup rapat dan senyuman yang manis sekali. Kerana aku tahu, beliau tentu senang dengan permergiannya. Umi kata Omah tidak menangis seteruknya. Malah, Umi katakan yang omah hanya menagis untuk seketika dan senyum dengan hati yang senang. Mungkin kerana abah pergi dengan tenang tanpa kesusahan. Dalam sedu esak, aku berdoa kepada Allah semoga rohnya bersama dengan orang beriman.

Pada malam itu, ketika kami sekeluarga sedang makan malam, aku merasakan yang semuanya merasa kesian dengan aku. Mereka seakan mencuba untuk menceriakan suasana dengan membincangkan tentang pelajaran kami. Ayah asyik menanyakan tentang kertas yang aku baru sahaja lalui kelmarin. Kami asyik bertukar pendapat dalam setiap soalan. Itulah ayah, walaupun beliau hanya seorang kerani di syarikat biasa, beliau mampu menanggung semua pelajaran kami. Semua anak-anaknya, termasuk abang dan kakakku walaupun mereka hanya anak tiri untuk dirinya. Dan kerana kesusahan kami jugalah yang memberi aku semangat untuk belajar dengan lebih tekun. Dan bimbingan ayah untuk aku dari semua segi membuat aku lebih bangga dengannya. “biar kita miskin dengan harta, jangan pernah sekali kita miskin dengan kerpercayaan untuk diri sendiri.” Itulah kata ayah setiap kali aku menghadapi masalah.

Pandangan ibu dan ayah amat berbedah sekali, malah setiap kali ibu cuba untuk memberi aku semangat, ibu hanya membuat aku lebih susah. Kerana ibu selalu ingin kami bandingkan pelajaran dan kejayaan kami dengan anak-anak adik-beradik ayah. Dan ia hanya akan membuat aku merasa lebih rendah dari mereka…. Dan setiap kali ibu berkata begitu, aku akan membuang segala kata-katanya itu ketepi kerana aku tidak mahu dibandingkan dengan mereka… malah, aku mahu kami naik ke ambing kejayaan bersama… kerana aku mahu semua anak melayu di Singapura berjaya dengan gemilang.

“Oi! Kenapa termenung?” aku tersedar dari lamungan panjang. Muhammad, adik lelakiku, tersenyum. Dia terus sambung dengan makanan yang ada dalam pinggannya. aku terus bangun dan bereda dari meja, bibik terus bangun dari kerusinya dan mengangkat pingganku kedapur. Entah kenapa rasa laparku tiba-tiba hilang.


Jari-jemariku masih lagi menekan kuat dan laju di piano elektrik yang ayah beli untuk hadiah hari jadiku yang ke sembilan belas. Lagu kegemaranku berkumandang kuat di kuping telinga melalui earpiece hitamku. Tanganku seperti di hipnotis oleh kuasa ajaib untuk terus- menerus main butang-butang lepeh hitam putih itu. Hati yang masih menahan keharuan makin menambahkan lagi ketegangan suasana itu. Simfoni demi simfoni aku main pagi itu. Tak jemu-jemu aku rasakan. Setiap kali simfoni satu habis, simfoni lagi satu datang dalam kepalaku. Dan lebih berat lagi hatiku jadi.

“Hidayah, abah nak Hidayah belajar pandai-pandai. Biar sampai cita-cita dayah untuk jadi peguam tercapai…. Tapi ingat, jangan sekali Hidayah pandang belakang. Sebab, kalau pandang belakang, ia bermakna Hidayah akan jatuh ke bawa. Terus pandang kehadapan, dengan pandang kehadapan, walau pun kita ke belakang, kita tidak akan jatuh… malah… kita akan teguh…dan, kita tidak akan putus asa… dan pintu kejayaan akan terbuka untuk kita. Hidayah, abah nak Hidayah janji pada abah yang Hidayah akan selalu pandang kehadapan. Dan terus maju kehadapan… jangan beri kemarahan, kesedihan, kegagalan dan fikiran negative peluang untuk jatuhkan Hidayah.”

Ahh… kenapa mesti abah pergi!!! Kenapa sekarang…. Aku masih lagi ingin abah disini… aku masih lagi perlukan abah disisi. Abah yang selalu membuat aku gembira dan ceria selalu. Dulu, sebelum aku bertolak ke Canada, aku selalu menghabiskan masa dengan abah dengan membaca buku-buku novel-novel yang aku punyai. Aku akan menemani beliau pada waktu petang selepas sekolah dan aku akan bercerita dengan abah tentang aktiviti harianku. Aku akan suapkan dia makan. Aku akan tolong dia korek telinga dengan korek telinga besi dan aku akan selalu menyanyi dengannya….

Aku rindukan abah. Aku rasakan seperti semua harapan dan daya untuk aku terus hidup pergi bersama abah… Abah…

“Kak Hidayah…..” Muhammad terpekik sambil mencabut earpiece aku di sebelah telinga kanan. “ibu panggil makan …” aku pandang ke luar jendela kamarku… Ya Allah… sudah malam…. Satu hari aku habiskan dengan fikiran sedih dan luahan hati yang sepi… jari telunjukku menekan butang suiz pianoku lalu bereda keluar dan menuju ke meja makan. Sambil aku menjamu hidangan di masak omah, aku duduk diam meneliti perbicaraan mereka… tapi… hati ini…. Hati ini amat kosong sekali…. Terlalu kosong….

Kepalaku rasa berat. Semakin berat tiap detik… Pernafasanku semakin ketat… pandanganku semakin pudar… gelap legam menutupi segala…

“Hidayah… Hidayah… Open your eyes… Look who’s here… its me…. Hidayah…” suara… Suara yang pernah aku puja… Adakah ini satu mimpi. Tidak mungkin dia ada disini. Mungkin kepergian abah hanya satu mimpi. Satu hayalan. Mungkin…..

Aku membuka mataku. Silau. Silau dengan cahaya putih yang membutakan. “Hidayah! You are awake!” satu kucupan ku rasa didahiku…”Hidayah. It’s me, Joseph. Aku amat merinduimu , sayang.” Ah! Biar betul apa yang aku dengar ini. Joseph cakap melayu???

“Joseph! You are speaking in Malay?! Ahah!Oh my God!!” hatiku yang dulunya kosong mula mengisi dengan kehadiran Joseph. Joseph teman lelakiku di Brunswick. Kami berkenalan apabila aku baru sahaja di universiti itu. Dia mentor orientation tahun pertamaku disana. Dialah teman pertamaku, juga cintaku…

“Perkenalkan, Muhammad Johari Azahar.”

“Hi, selamat berkenalan.” Joseph terketawa melihat aku menghulurkan tangan kepada cermin didepannya… “Nama saya Nurul Hidayah Anastasya. Anda boleh panggil saya
Hidayah…”

Johari peluk dan cium leherku. Nafas hangat saluti leherku yang terbiar tidak tertutup dengan sembarang kain. Tangan yang dipinggang dialih kerambutku. Dengan lembut dia membelai rambutku sambil menjama leherku yang kesejukan. Kucupan demi kucupan membuat badanku yang dingin kepanasan. “Johari, jangan… belum masanya…” dia Cuma mengangguk dan lepaskan diriku lalu pergi.

Aku betulkan baju yang diselak Johari. Hm… dia sanggup menghadapi keluarganya dan meninggalkan semua harta benda untuk memeluk islam demi cinta kami… Mungkin ini masanya untuk aku beritahu ayah.

Malam itu, Johari dan Isalluet, adiknya, tinggal di rumahku. Haish…. Nasib baik rumah kami besar walaupun hanya mempunyai tiga kamar tidur. Johari akan tidur dengan Muhammad di luar, depan kamar tidur aku… Isalluet tidur di kamarku bersama putri dan marble, kucing aku yang di beri oleh teman ibu . Dan mereka akan tinggal disini sehingga tamat cuti semester… pertukaran angin… mungkin ia akan membantu aku….


“Sayang, are you going to tell your parents about our relationship? I don’t know if they will be able to take it. My dad, he has this kind of mentality that only a true malay muslimim will be able to guide and sustain the faith of islamism in me… he said I am too wild… too modernised… to socialized…” Johari memelukku dengan lebih erat. Kaki yang di tenggelamkan kedalam pasir putih di tepi pantai Pahlawan, di tarik keluar dan bergelut di badanku. Tangannya yang hangat, membelai rambutku yang basah dengan air laut masin.

“Jangan risau… Your father tu, hanya risaukan you… I confident yang your father akan terima I. yelah, I akan dapat support you in the future… kita tak akan susah nanti… I juga boleh tolong your father dengan bankruptcy dia. Lepastu, kita akan semua pindah ke rumah I di Brunswick. Mama dan Papa mesti suka.”

Lelaki Jerman itu memandang dalam ke anak mataku. Membuat aku tenggelam dalam renungan matanya yang biru kehijauan. Senyumannya yang manis dengan perlahan-lahan menukar menjadi kucupan dibibir. Aku terfikir, inikah cara yang terbaik? Adakah ini yang aku inginkan? “Tapi, selepas kita bernikah, aku masih ingin menyambung pelajaran, aku ingin bekerja. Aku ingin masuk makamah dan menjadi peguam paling terhormat sekali.” Johari ketawa. “Will you still let me fulfil my dreams?” Dia hanya mengangguk. Oh Allah, kau memberi aku kebahagian setelah kau beri aku kemalangan. Restuilah kami. Hingga ke akhir hayat.

Amin…

No comments: