Sunday, February 8, 2009

Pelangi Indah Dibalik Hujan Panas

Hari semakin gelap. Lelangit kemerahan menjadi legam. Angin senja menderu menusuk tulang hitam. Sang suria megah dengan perlahan membawa diri pergi. Memberi purnama peluang untuk bersinar.

Aku masih lagi termenung mengingatkan masa lalu. Kenangan pahit diambing nyawa. Peristiwa yang masih berdarah dihati. Seperti ia hanya sahaja berlaku. Seperti ia satu kejadian yang baru sahaja berlalu.

“Az!!!” aku berlari mengejar lelaki yang terbaling oleh kereta honda merah yang berlalu tanpa henti. Lelaki berkulit kuning langsat itu berbaring longlai dengan matanya tertutup rapat... cecair merah mengalir sekeliling... membasahi baju kemeja putih yang dibeli di Italy semasa percutian mereka berdua.

“Az... bangun Az... Az... tolong lah... kenapa... kenapa you bodoh nah... kenapa... kenapa you tolak i... Az... bangun... Az... please...” manik-manik masin meleleh laju tanpa henti.. tanganku tidak sesekalipun melepaskan tubuh lelaki yang dicintai... lelaki yang tidak pernah jemu menunggu dan menjagaku...

“An... I love you... always... forever...” Dengan itu, nafas terakhir dihembus perlahan. Az pergi untuk selamanya...

“Astraghfirullahalazim...” Mukaku basah dengan tangisan hangat. Hati juga masih menangis. Aku melihat keluar jendela kearah langit hitam... malam dingin membuat hati sedih lebih lara...

Malam itu aku tidur dengan kenangan. Tangisan menjadi teman, bulan menjadi saksi, angin menjadi merdu dan bintang menjadi lagu.


“Eh, nas... kau ni asyik termenung aje... kenapa? Kau rindukan dia ke? Alah... jangan fikirkan lagi. Kau tu tak lama lagi dah jadi isteri orang... takkan kau nak duduk terfikirkan dia aje... cuba gunakan otak sikit.. kalau bakal laki kau tahu macam mana? Kempunan kang kau...” Anita meleteh sepanjangan. Bukan dia tidak tahu yang aku akan bernikah hanya untuk menyatukan silaturahim yang telah lama terputus dek hasutan dengki.

“Aku tak ade papelah... Cuma sakit kepala aje... Dari kelmarin lagi...”

“Betul ke ni? Ntah – ntah kau nervous sangat... yelah kau kan dari dua minggu nak nikah... mesti tengah fikir pasal malam pertama...” Aku tenung dia macam harimau yang lapar. Meluat aku rasa dengan andaiannya. Aku pandag ke luar tingkap. Rangkai kemah berdiri tegak di belakang rumah. Cepatnya masa berlalu...

“Eh, kau tak happy ke?” Aku pandang kearah Anita. Aku tahu dia seakan merasa keperitanku. “Anas, kau harus tabahkan hati. Aku tahu bukan senang untuk kau melupakan Azahar. Tapi kau harus ingat... Kita orang Islam harus terima hakikat qadak dan qadar. Permergiannya harus kau lepasi. Dosa kalau kita mengikat dia dihati. Iman baik orangnya. Aku kenal sangat hatinya. Kau jangan risau, kau tak akan di sia-sia olehnya.”

Ya.. Memang ada benar kata Anita. Iman memang lelaki yang baik. Amat sopan dan tertib orangnya. Penuh hormat sekali. Tapi sayang, aku tak pernah menaruh rasa sayang padanya. Malah aku hana menganggapnya sebagai teman sahaja. Kini semuanya akan berubah.

Ya Allah! Kenapa harus kau duga aku sebergini. Pernah kau mendugaku dengan kepemergian Azahar... Kini, kau menduga aku sekali lagi dengan menjodohkan aku dengan lelaki yang tidak pernah aku cintai...

Astragfirullahalazim... aku beristifar... menginsafi dosa yang aku lakukan tadi.


Kedua tapak tangan dan kaki dihias kemas dengan inai yang di beli di india khas untuk upacara ini. Tersentuh hatiku apabila aku mendapat tahu yang Iman sendiri menjelajah dunia untuk membeli inai ini. Begitu besar pengorbanannya.

“Anas, mama harap Anas akan bahagia dengan Iman. Mulai esok, kamu akan digelar seorang isteri. Jaga tata tertib, jalani tanggung jawabmu sebagai isteri solehah. Jangan lupa dengan hukum agama... “ tangisan hangat jatuh ke tanganku. Aku tahu, pasti mama merasa berat untuk melepaskan aku. Dan dia terlalu inginkan kebahagiaanku. Dan ini, untuknya adalah yang terbaik untuk aku. Ya Allah, aku terima pemberianmu. Aku reda...

Amin...

“Aku terima nikahnya Anastasya Azura Binti Kamari dengan maskawin sembilan ratus sembilan puluh sembilan dolar tunai.”

“Sah”

“Alhamdulillah...”

Aku tersenyum. Hati ini berdebar menunggu Iman masuk kekamar untuk menyarungkan cincin ke jariku...

Sambutan majlis perkahwinan yang diadakan dirumah sederhana, tapi meriah. Bermula dari akad nikah, malam berinai basar dan majlis persandingan. Aku bershukur kepada Ilahi kerana segala-galanya berjalan dengan lancar. Tapi perasaan sedih hinggap di hati ini.

Selepas makan malam, Iman berbual dengan papa dan abang-abangku di ruang tamu. Debar menunggu kedatangannya kepadaku. Aku menghitung detik yang berlalu. Resah aku menanti. Apakah aku sudah bersedia untuk ini? Apakah aku boleh menerima sentuhannya nanti?

“Assalamualaikum...” Mukaku yang cemas aku tenangkan. Dengan perlahan aku mengangkat muka. Ku pamirkan segaris senyuman. Salm diberi aku sambut perlahan.

“Anas, abang nak minta izin baring ditepi. Boleh?” Aku hanya mengangguk. Badanku dibaringkan. Mataku di pejam. “Anas, boleh abang bertanyakan sesuatu?” aku membuka mata dan pandang kemukanya. “Anas dah bersedia?”

Aku mendiamkan diri. Soalan tadi tidak ku jawap. Dia bagai mengerti kesunyianku. “Tak apa. Kita tidur sahaja. Bila Anas dah bersedia, baru abang lakukan” Dia tersenyum. Aku tahu dia cuba menutupkan kekecewaannya.


Setahun berlalu. Kasih sayang yang dicurahkan kepadaku tidak terbalas rasanya. Walaupun aku melakukan semua tanggungjawapku sebagai seorang isteri, tapi belaian nafsu suamiku tidak dapat aku puaskan. Hati ini, badan ini, masih belum lagi dapat memberi kepada suamiku.

Tapi, tidak pernah Iman mengataan apa-apa. Serba salah aku rasa. Aku tahu ku berdosa kerana tidak dapat memberi satu hak kepunyaan suamiku sendiri. Walaupun hati ini semakin hari semakin sayang kepadanya, tapi belum cukup kuatnya untuk aku merelakan segalanya.

“Haish, termenung nampak? Rindukan seseorang ke?”

“Tak ada apa-apa, abang. Anas penat aja. Baru balik dari ofis.” Iman hanya menganggukkan kepalanya menunjukkan pengertian. Kutatap mukanya. Tangannya aku sambut lalu ku cium. “Abang sudah makan? Nak Anas saji?”

“Kita makan diluar aja malan ni.”

Malam itu, aku merasakan kehangatan cinta dan kasihnya pada ku. Dengan situasi yang gelap dan dingin, lilin merah yang dibakar dan keharuman makanan membuat aku rasa begitu senang. Beginilah hidup kami. Walaupun tidak pernah seranjang, kami tetap bahagia. Walaupun aku tahu. Dia masih lagi menunggu.

Menunggu kesedianku.

Pulang ke rumah, aku duduk mengambil angin di balconi. Cahaya bulan mengambang dan bintang-bintang dilangit amat indah. Aku terus melayan angan diarus dengan keheningan malam. Kalaulah aku ini orang lain di keluarga yang lain, tentu dihabisi malam romantik ini dengan suami tersayang.

Aku hanya tersadar apabila pautan lembut tangan Iman di bahuku. Hati menjadi debar. “Bulan mengambang penuh... cantiknya... sama serinya dengah isteri I yang tersayang.” Fikiranku kini terarah pada desah nafasnya yang menggetar kalbuku. Dia bagaikan sedang menggodaku. Hatiku yang sudah sedia disarati rsah semakin tidak keruan.

“Dah lewat malam ni... mari kita masuk tidur,” ajak Iman. Aku terpegun sejenak.aku lantas berjalan mendahuluinya menuju ke bilik lalu terus ke kamar mandi.pintu bilik ku dengar tertutup kuat. Pintu robok baju terbuka tutup juga. Pasti dia sedang bertukar baju. Itulah rutin yang sudah aku lalai setiap malam. Akan dia menukar seluar ke kain pelikat. T-shirtnya di tukar ke singlet putih sulaman halus dibeli di Vietnam.

Aku menolak kepala paip keatas atas dan terus mandi. Biar aku segar nanti. Tapi, malam ini aku merasa cemas. Terbayang dada Iman di mata kepalaku. Tertukar pula kepada matanya yang begitu menyenangkan hati... sedetik itu, aku bernekad. Inilah ketentuan Illahi. Dia suamiku yang sah. Dan kini aku haknya. Tanggungjawapku harus aku lalui.

Dengan pantas aku mengeringkan badan dan mengenakan kain batik dan baju t-shirt yang longgar.langkahku tersusun rapi ke pintu lalu ku buka. Aku menjenguk ke Iman. Matanya tertutup. Tapi aku tahu dia masih terjaga. Aku berlalu dengan perlahan ke katil.

“Abang, dah tidurke?” Iman membuka matanya. Pandangannya membuat hatiku berkocak-kocak. “Anas nak katakan sesuatu. Boleh?” dia hanya tersenyum. “Anas nak minta maaf.”

“Kenapa?”

“Abang masih ingat lagi persolan abang pada malam pertama kita?”

“Soalan apa? Kenapa?”

“Malam ini, Anas nak minta maaf. Sebab tidak dapat melayan abang sebagai isteri yang sempurna. “

“Abang menegerti perasaan Anas. Dahlah. Kita tidur aja.” Aku baringkan diri disebelahnya. Belakangku, mendahuluinya. Samar-samar cahaya purnama menerangi ruang bilik.

Berderau darahku apabila tiba-tiba tangannya melingkari pinggangku. Elusan jari jemarinya semakin meliar menggetarkan naluriku. Jantungku berdegup semakin kencang. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan.

Aku berpusing. Mataku bertentangan matanya. “Anas sudi?” aku angguk. Senyuman manis terlukis di mukanya. Aku menutup mataku.

Ya Allah...berikanlah hamba-MU kekuatan. Lepaskanlah aku dari derita ini, rintihku. Aku mghela nafas, menghimpun kekuatan yang masih bersisa. Mengharap agar semangat tertiup ke dalam diri.

Aku biarkan dia melakukan apa saja mengikut kemahuannya. Ternyata, dia amat mengasihi aku. Dah badan ini halal dijamahnya. Dalam tergamam dan dan fikiran yang tidak keruan, aku ikutkan saja rentaknya.

Suaranya dan suaraku aku dengar berpadu dalam desah b=nafas yang berat dan tidak teratur.badan ini dilayan dengan teliti. Keselesaanku terjaga. Walaupun ini perit aku rasakan, tapi keintimannya amat aku amati.

Iman menggemgam erat jari jemariku. “Anas...”

Dalam cahaya yang samar, kutatap mukanya. Pipinya kuusap. Senyuman manis kuhadiahkan kepadanya sebagai tanda ucapan terima kasihku padanya. “Terima kasih, sayang...” bibirnya mendekati bibirku. Lalu dicium dengan penuh cinta. Kini. Sempurnahlah aku sebagai wanita bernama isteri.

“Maaf... sebab malam pertama kita terlalu lewat dari yang sepatutnya...”

Dia meletakan jari-jemarinya dibibirku, sekali gus mematikan kata bicara. “Saat ini... adalah saat yang paling berhagar untuk abang... harap Anas tidak akan melupakannya...” Aku memejamkan mata... Mengucapkan syukur di dalam hati...

No comments: